• Daripada Saidina Umar Al-Khattab r.a. :
1. Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat.
2. Keadilan itu syurga orang yang dizalimi tetapi keadilan adalah neraka bagi orang-orang yang bersifat zalim.
3. Barang siapa yang jernih hatinya, akan diperbaiki Allah pula pada yang nyata di wajahnya.
4. Jangan engkau percaya melihat kegagahan seorang lelaki. Tetapi jika mereka teguh memegang amanah dan menahan tangannya daripada menganiaya sesamanya, itulah lelaki yang sebenarnya.
• Daripada Saidina Ali Abi Talib r.a. :
1. Kemuliaan yang dicapai adalah dengan akal dan adab, tiada dan bukan dengan asal(keturunan) dan bangsa.
2. Alangkah buruknya kepapaan, kalau aku mengadu aku malu, kalau aku berdiam diri, aku binasa.
3. Orang yang terlalu memikirkan akibat daripada sesuatu keputusan atau tindakan, sampai bila-bilapun dia tidak akan menjadi orang yang berani.
4. Hanya lidah yang mahu berdusta dan berbohong. Namun pandangan mata, hayunan kedua belah tangan, langkah kedua belah kaki dan pergerakan tubuh atau seluruh anggota badan akan menafikan apa yang diucapkan oleh lidah.
5. Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan.
• Daripada Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a. :
1. Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta merasa susah hati, tapi di akhirat orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara.
2. Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar orang dengan batu, tetapi dibalas dengan buah.
• Daripada Amru Al-As r.a. :
1. Perkataan itu seperti ubat, kalau sedikit bercakap memberi manfaat, tetapi terlalu banyak bercakap nescaya membunuh.

No comments:
Post a Comment