welcome to restuayu

Saturday, 16 April 2011

~~~20 Fakta Sains Keagungan Allah pada Manusia~~~

Fakta sains.
1. Jika semua saluran urat darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi Jalan
Raya sepanjang 96,000. Kilometer.
2. Saraf ditubuh badan manusia dapat menghantar impuls kira-kira 90 Meter sesaat.
3. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan, ia boleh memenuhi kawasan
seluas 9.2 Meter persegi.
4. Manusia akan hilang sebanyak 50 Peratus deria rasa pada usia 60 tahun.
5. Setiap langkah kehadapan anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan.
6. Orang lelaki mudah mendapat buta warna, 10 kali ganda berbanding wanita.
7. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.
8. Apabila sesaorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh
seminit, iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.
9. Secara purata sesaorang itu minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.
10. Manusia hanya menggunakkan 10 peratus daripada otaknya untuk berfikir.
11. Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfangsi termasuk jantung.
12. Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.
13. Badan manusia mengandungi sulfur yang cukup untuk membunuh kutu anjing, karbon
untuk membuat 9,000 batang pensel, potassium, lemak untuk membuat 7 ketul sabun, fosforus
untuk membuat 2,200 batang kepala mancis dan air untuk mengisi tangki sebanyak 37 liter.
14. Ketika mulut kering, anda tidak akan dapat menikmati sebarang makanan, ini kerana air
liurlah yang membantu kita merasa sesuatu yang masin, manis, masam dan sebagainya.
15. Apabila anda mengecam muka sesaorang anda sedang menggunakan otak sebelah kanan.
16. Pada retina mata, terdapat lebih 100 juta sel yang cukup sensitif terhadap cahaya.
17. Jika 80 peratus hati manusia dipindahkan, bahagian yang tinggal masih boleh berfungsi,
malahan ia akan membesar ke saiz asal dalam tempoh tertentu.
18. Secara purata kita menuturkan 30,000 perkataan sehari, mengambil masa selama 3 jam 30
minit. Ini bererti dalam tempoh 1 jam kita menyebut 9,000 perkataan yang ada.
19. Jika anda terkurung didalam bilik yang kedap udara, anda akan mati kerana keracunan
karbon dioksida bukan kerana kekurangan oksigen seperti yang disangkakan.
20. secara purata setiap orang makan 51 kilogram bahan perasa temasuk gula dan garam
setahun.
( Marilah kita renungkan dan bersyukur ke hadratnya, allah yang maha Bijaksana lagi Pengasih
dan Penyayang).
Written by Khairul Hazman
Thursday, 13 November 2008 00:46 - Last Updated Thursday, 13 November 2008 00:49

Wednesday, 13 April 2011

...Sikap orang Jepun yang patut kita contohi..

Ciri-ciri yang patut dicontohi

1.MENEPATI MASA
Ini adalah satu sifat yang sangat sinonim dengan masyarakat Jepun yang baik untuk kita contohi.Densya(keretapi) dan bas akan datang tepat pada waktu yang dijadualkan.Di sini kita dapat lihat attitude mereka nihonjin ini terhadap masa.
Jika anda terlambat walaupun seminit, ucapkan sayonara (bye) jela.. Kereta api tu pun dah merentasi jauh. Kereta api peluru mereka tersangat laju (40 kali kuasa motor mesin basuh). Bayangkan lah !!. Itulah sebab mereka sangat menepati masa..

2.MENJAGA KEBERSIHAN
Kalau kita menggunakan tandas-tandas awam di sekolah mahupun di eki(stesen keretapi),kita akan dapati tandasnya sangat bersih. Air paip nya boleh diminum terus tanpa perlu dimasak. Amat berbeza sekali kalau nak dibandingkan dengan di negara kita. bagusnya jika rakyat negara kita juga terdidik untuk sentiasa menjaga kebersihan.

3.JUJUR
Kes-kes seperti kecurian amat jarang sekali didengari berlaku di jepun. Jika anda terlupa mengunci rumah anda atau tertinggal barang berharga dalam kereta, JANGAN risau !! kerana peratus kehilangan barang sangatlah rendah. Jika kita tertinggal dompet dimana2, pergi sahaja ke balai polis berdekatan. Insya-Allah barang anda akan didapati semula di balai polis. Subarashi !! (Wow!) jujur nya mereka ni.. Alangkah baiknya umat Islam Malaysia bersikap begitu..

4.RAJIN MEMBACA
Di mana-mana saja kita pergi baik di dalam kenderaan awam,sambil menunggu densya,dan sebagainya kita dapat lihat mereka memegang buku dan membaca.Satu sifat yang wajib dicontohi oleh semua orang.Kita dapat lihat mereka bersungguh-sungguh menuntut ilmu,maka tak hairanlah masyarakat jepun ini dapat mencapai kemajuan yang tinggi.

5.TEKUN BEKERJA dan BERTANGGUNGJAWAB
Tak kira pensyarah,pekerja pejabat,pelayan restoran,driver bas dan sebagainya,mereka amat komited dengan kerja masing-masing.Kebiasaannya mereka akan bekerja sehingga melampaui jadual waktu bekerja.Bagi mereka kerja adalah segala-galanya.Maka tak hairanlah dimana-mana saja banyak syarikat jepun yang gah di mata dunia.Berkat ketekunan dan hasil usaha gigih mereka.

6.SISTEMATIK
Sebagai contohnya sistem pembuangan sampah/kitar semula yang teratur.Ditetapkan hari sekian-sekian untuk membuang barang/sampah sekian-sekian yang wajib diasingkan(bunbetsu).Di Malaysia juga ada sistem seperti ini tapi mungkin kerana tidak terdidik untuk melakukannya membuatkan sistem itu tidak begitu berjaya dilakukan.
Sistem dan jadual perjalanan densya/bas yang teratur dan sampai tepat pada masanya. Tidak seperti Rapid KL (sebagai contohnya), sistem mereka tidak menepati masa. Kadangkala kita perlu menunggu lama (sepatutnya menunggu dalam 15 minit tapi jadi 30 minit pulak).. Banyak lagi sistem Jepun yang sistematik lagi untuk diceritakan..

7.MENGHORMATI ORANG LAIN
Orang jepun sememangnya terkenal dengan sikap sopan.Sopan terhadap orang tua,orang yang lebih tua atau senpai(senior).Setiap kali kalau masuk kombini atau kedai pasti akan kedengaran pekerja-pekerja mengucap "irasshaimase" atau selamat datang.Walaupun ketika itu ada antara pekerja yang sedang mengemop lantai.Pun akan mengucap selamat sambil tunduk.Dan bila keluar pula akan ucap "arigato gozaimasu" atau terima kasih.Satu pemandangan luarbiasa bagi sesiapa yang kali pertama datang ke jepun.Juga pemandangan yang bagi saya tak akan diperoleh dimana-mana selain jepun.

Akhlak yang ditunjuk oleh orang jepun ini sebenarnya amat menepati ciri-ciri Islam.Bayangkanlah, kalaulah negara sehebat jepun ini menjadi sebuah negara Islam alangkah bertuahnya dan sudah tentu Islam akan kembali gah di mata dunia,mengulang kembali detik-detik kegemilangan Islam suatu masa dahulu....

Hairul Azizi Azri.

Ingat mengingati...

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Siapakah org yg KEDEKUT ? Orang yg kedekut ialah org yang tidak menyampaikan perkara yang baik kepada org lain...

MENGHARGAI SEBUAH KEHIDUPAN

  1. Gagal merancang bererti merancang untuk gagal. Hidup kita sudah terbiasa dengan pelbagai rancangan, sama ada apa yang dirancang untuk kita, atau kita sendiri merancang dengan pelbagai harapan.
  2. Hidup berjalan dengan pelbagai perancangan dan jangkaan. Kita melepasi peringkat sekolah rendah – sekolah menengah – universiti – kerja – kahwin – anak – tua – pencen. Setiap peringkat itu berjaya ditempuh dengan kejayaan mengatasi kebarangkalian ia tidak berlaku. Tidak semua yang bersekolah rendah sampai ke sekolah menengah. Tidak semua yang di universiti berjaya menggenggam segulung ijazah. Belum tentu semua yang berijazah mendapat kerja. Bukan semua yang bekerja bertemu jodoh, berkahwin, beranak pinak dan mencecah usia tua.
  3. Semuanya sentiasa dengan kebarangkalian harapan tidak tercapai
  4. Hanya satu yang pasti berlaku iaitu MATI! Fikir mati pun mati, tak fikir mati pun mati. Bersedia untuk mati pun mati, tak bersedia untuk mati pun mati.
  5. Justeru janganlah dipanggil bakal Datuk kerana mungkin tidak jadi Datuk. Jangan dipanggil bakal Puan Seri kerana mungkin tidak jadi Puan Seri.
  6. Sebaliknya, WAHAI BAKAL-BAKAL JENAZAH sekalian! Itulah saya dan anda semua.
  7. Islam tak mengajar kita takut dengan kematian tetapi menyedari adanya kematian di hadapan maka HARGAILAH SEBUAH KEHIDUPAN
  8. Teringat kepada perbualan saya dengan ibu bapa yang anak mereka sakit jantung – jangan difikir ajal anak itu kerana mungkin doktor mati dulu kemalangan. Mungkin ibu bapa mati dulu. Mungkin saya mati dulu berbanding anak kecil yang sakit itu. Justeru janganlah dibimbangkan tentang kematian. Sebaliknya hargai setiap detik yang ada.
  9. Nabi SAW bersabda: صلِّ صلاة مودِّع كأنك تراه ، فإن كنت لا تراه فإنه يراك yakni “bersolatlah kamu dengan solat perpisahan seolah-olah kamu melihat Allah. Jika kamu tidak dapat merasakan yang kamu melihat-Nya, sekurang-kurangnya rasakanlah bahawa Dia itu melihat kamu”.
  10. Kita akan mati di antara dua solat. Tiada jaminan selesai solat Asar, kita sempat sampai ke Maghrib. Justeru setiap solat, lakukanlah ia sebagai solat terbaikmu.
  11. Wal-‘Asr
sumber - ABU SAIF @ www.saifulislam.com